Sunday, 17 January 2016

[BERITA] Boleh paksa Syiah peluk Ahli Sunnah- Dr. Fadlan Mohd Othman

Muhammad Zulsyamini     Sunday, 17 January 2016     05:19     No comments
Berita oleh : Muhammad Zulsyamini Sufian Suri



SHAH ALAM- Kemunculan pelbagai ideologi pemikiran yang mengamalkan Islam tetapi berlawanan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jammah selaku pegangan rasmi masyarakat di Malaysia sebagaimana ideologi Syiah kian meningkat di negara ini.

Pengerusi Sekretariat Ilmuan Malaysia, Dr Fadlan Mohd Othman berkata, akidah Syiah pada asasnya adalah akidah kufur, namun perlu dibezakan diantara orang awam Syiah dengan ulama’ mereka. Ulama’ Syiah secara umumnya dihukum oleh ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai kafir, manakala orang awamnya dihukumi berdasarkan kepada tahap pengetahuan dan kejahilan mereka.

Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menyebutkan bahawa setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan mana-mana agama yag dianutinya. Walaubagaimana pun, tertakluk kepada klausa 4 dalam perkara yang sama menetapkan bahawa kerajaan setiap negeri boleh menyekat dan mengawal perkembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan dalam kalangan orang-orang yang menganuti Islam sebagai agamanya.

Ditanya mengenai adakah boleh memaksa orang-orang Syiah supaya berakidah dengan akidah Ahli Sunnah sebagaimana tidak bolehnya orang Islam memaksa orang bukan Islam supaya memeluk Islam, jawab Fadlan ianya dibolehkan kerana apabila disebut sebagai Islam dan mereka pun (Syiah) mendakwa mereka beragama Islam, maka disana perlunya orang Islam supaya kembali mengamalkan ajaran Islam yang asal.

“Biarpun Malaysia memperuntukkan hak kebebasan bersuara, namun hak itu tidaklah mutlak dan ada hadnya sebagaimana Islam sendiri menetapkan adanya had yang tidak boleh dibatasi yang jika dibatasi sebebas-bebasnya, kelak akan meghancurkan Islam itu sendiri” , ujar Fadlan

Syiah pada dasarnya adalah satu aliran yang muncul sesudah kewafatan Nabi Muhammad akibat ketidakpuasan hati mengenai perlantikan jawatan khalifah umat Islam yang mereka dakwa seharusnya diberikan kepada Saidina Ali, tetapi sebaliknya dirampas jawatan itu oleh tokoh pujaan Ahli Sunnah iaitu Saidina Abu Bakar Assiddiq,

Ditanya lagi mengenai jumlah percambahan bilangan umat Islam di Malaysia mengamalkan Syiah serta usaha kerajaan membendung ajaran ini, Fadlan menegaskan sememangnya jumlah umat Islam di Malaysia termakan dengan dakyah Syiah ini meningkat saban hari, dan kerajaan juga amat serius menanganinya.

Fadlan menegaskan lagi bahawa tidak seharusnya mana-mana parti politik khususnya yang mengaku memperjuangkan Islam sebagaimana PAS mengabaikan ancaman gerakan Syiah ini di dalam parti mereka demi meraih undi kerana ianya adalah isu akidah dimana merupakan perkara teras bagi seseorang yang beragama Islam.

Selain pengerusi Sekretariat Ilmuan Malaysia, Fadlan juga merupakan Timbalan Rektor sementara bagi Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universit Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) cawangan Malaysia.

Sementara itu, Fadlan berharap agar semua pihak peka akan isu Syiah ini yang dilihat semakin bercambah dan memperingatkan supaya sentiasa berhati-berhati dengan golongan ini yang sentiasa mengamalkan perbuatan menipu atau berpura-pura di khalayak ramai (taqiyyah) bagi menutup mata masyarakat mengenai akidah sebenar mereka yang jelas menampakkan kekufuran seperti mengkafirkan para sahabat nabi bagi menyuntik jarum halus agar orang awam terpengaruh dengan ajaran Syiah ini sedikit demi sedikit.







0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.