Tuesday, 12 January 2016

Adakah memboikot barangan Amerika dan Israel satu kewajipan?

Muhammad Zulsyamini     Tuesday, 12 January 2016     19:16     No comments
Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri 

 
Kredit gambar: Google.com


Saya tidak menafikan bahawa McDonald, KFC dan Pizza Hut adalah halal, tidak haram. Namun sebagai orang Islam yang seharusnya mempunyai sifat perikemanusiaan dan persaudaraan seIslam, sewajarnya kita tidak mempromosikan jenama yang telah sedia maklum menyumbang dana yang besar dalam membasmi masyarakat Palestin khususnya yang beragama Islam.

Jika kita ingin memakannya, makanlah, tiada salahnya, kerana sepertimana dimaklumi bahawa Nabi s.a.w. juga bermu'amalah (berurus niaga) dengan orang Yahudi apabila baginda s.a.w. menggadaikan baju besi milik baginda kepada orang Yahudi.

Namun dari sisi lain, apakah tujuan kita gemar mepromoskan jenama yang menyokong Yahudi itu dalam membunuh umat Islam? Kita ingin makan, makan sahaja lah, kerana ianya halal. Namun apa niat kita apabila seringkali kita menghebahkan kepada umum bahawa boleh jadi setiap hari kita berkunjung ke restoran makanan segera itu? Apakah kita tidak tahu bahawa di samping makanan yang disediakan itu langsung tidak mempunyai khasiat, ianya juga dapat memudaratkan kesihatan?

Lupakah kita kepada perancangan atau konspirasi Illuminati-Zionis New World Order dalam mengurangkan populasi masyarakat dunia salah satunya adalah melalui makanan segera? Langkahnya adalah dengan cara memasukkan berbagai bahan kimia yang beracun ke dalam makanan terbabit yang kelak dapat memandulkan si pemakan.

Saya (Abu Afham Muhamamd Zulsyamini @ Muhammad Afkar) juga pernah bertanya secara peribadi kepada Dr. Fathul Bari mat Jahya ketika Himpunan Agung UMNO 2012 di PWTC mengenai isu pemboikotan produk-produk seperti McD dan selainnya yang dikeluarkan oleh syarikat yang berusahasama dengan negara Israel mahupun Amerika. Maka jawab beliau yang mafhumnya berbunyi:
"Sekiranya enta (kamu) ingin makan, maka makanlah, dan sekiranya kamu tidak mahu memakannya atau memboikotnya kerana adanya rasa taqwa, maka itu (adalah) Alhamdulillah".

Syaikh Muhammad bin Salih Al-Uthaimin, biarpun beliau adalah seorang ulama' yang dilihat tidak bersetuju dengan seruan memboikot produk-produk Yahudi dan Amerika, namun beliau ada menyatakan:

"Memang benar bahwa minuman seperti ini (Coca Cola) terdapat unsur mudharat (kesihatan) dari orang Yahudi, kerana orang Yahudi tidak boleh dipercaya. Maka dengan itulah mereka pernah meletakkan racun pada daging kambing yang mereka hadiahkan kepada Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam dan Rasulllah Shallallahu' alaihi wa sallam meninggal dunia dengan mengatakan:

"Tidak henti-hentinya aku merasakan kesakitan kerana makanan yang aku makan sewaktu di Khaibar, dan inilah saat terputusnya urat nadiku dari dunia (maksudnya kematianku) dengan sebab racun itu"

Maka dengan itu, saya (Abu Afham) berpendapat bahawa kita sememangnya tidak diperbolehkan mengharamkan sesuatu yang telah Allah halalkan buat kita. Namun di manakah sensitiviti kita ketikamana mengetahui bahawa wang yang kita bayar untuk membeli barangan keluaran Yahudi itu akhirnya disalurkan untuk membunuh saudara seIslam kita, lalu kita dengan senang hati mempromosikan kepada khalayak bahawa kita amat menggemari hidangan makana segera berkenaan disamping turut sama mengajak sahabat handai untuk bersama-sama menikmatinya.

Syaikh Ali bin Hasan bin Ali Al-Halaby Al-Atsary pernah ditanya berhubung persoalan bagaimanakah pendapatnya mengenai pemboikotan ekonomi ke atas negeri-negeri kafir. Maka jawab Syaikh:

"Mengenai muqatha'ah (boikot) terhadap (produk) orang kafir, ianya adalah masalah politik dan bukannya masalah Syar'ie. Jika ia masalah syar'ie, maka tentulah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam sudah memboikot orang-orang Yahudi. Padahal ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam meninggal dunia, baju besi beliau masih tergadaikan pada orang Yahudi. Jadi permasalahan ini boleh jadi bermanfaat dan boleh jadi tidak.

Sambunng Syaikh Ali lagi: "Lalu siapa yang menentukan ada atau tidaknya pemboikotan, maka mereka adalah para 'ulama dan para ahli politik (pemerintah) Muslim serta para negarawan Muslim yang memiliki ilmu syar'ie dan memahami realiti masa kini dan juga mengetahui sebab dan akibat. Jika tidak, maka perbuatan boikot itu justru tidak dapat merugikan orang kafir, (tetapi) dapat berbalik merugikan umat Islam sendiri."

PS: Saya tidak menafikan bahawa saya juga ada kalanya memakan McD, KFC, Pizza Hut dan sebagainya kerana asal hukum dalam hal makanan adalah harus selagimana tidak ada dalil yang menjelaskan keharamannya. Namun bagi menjaga sensitiviti umat, biarpun saya juga tidak bersetuju dengan usaha boikot tanpa ada sebarang perintah dan arahan daripada Waliyyul Amri (pemerintah - baca: kerajaan) untuk memboikotnya.

Wallahua'lam.

*Untuk lebih jelas, dipersilakan membaca tulisan Dr. Zaharuddin Abdul Rahman berkenaan isu ini di: http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/572-hukum-mcdonald-kfc-maxis-a-syarikat-yahudi.html

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.