Tuesday, 1 December 2015

[HUKUM] Menyentuh Kemaluan Tidak Membatalkan Wudhu'

Muhammad Zulsyamini     Tuesday, 1 December 2015     07:50     No comments
MENYENTUH KEMALUAN SENDIRI TIDAK MEMBATALKAN WUDHU' MELAINKAN MENYENTUHNYA DENGAN SYAHWAT.

 -Hal ini diberitahu oleh Ustaz Idris Sulaiman dalam siri kuliyah-nya kepada kami dalam kuliyah bersiri kitab Umdatul Ahkam di MEDIU.

Berikut saya nukilkan fatwa yang sama dari seorang ulama' hadith Jordan, Syaikh Hasan Salman (Syaikh Abu Ubaidah Masyhur Hasan Salman) , merangkap anak murid kepada Imam Al-Albani.

Soalan:

Apakah menyentuh kemaluan itu membatalkan wudhu’?

Jawapan:

Terjadi khilaf (perselisihan) yang masyhur antara ahli ilmu (ulama) di dalam masalah menyentuh aurat (kemaluan) ini. Yang wajib adalah mengamalkan seluruh dalil-dalil ini keseluruhan. Rasulullah صلي الله عليه وسلم bersabda :

مَنْ مَسَّ ذَكَرَهُ فَلْيَتَوَضَّأْ

“Barangsiapa menyentuh kemaluannya maka hendaknya ia berwudhu”
Riwayat Imam Lima
(H.R. Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibn Majah -Lihat: Bulughul Maram; Ibn Hajar, Bab: Perkara yang membatalkan wudhu' (  نَوَاقِضِ اَلْوُضُوء)

Dan baginda s.a.w juga pernah ditanya tentang menyentuh kemaluan, lantas beliau menjawab:

هل هُوَ إلا بَضْعَةٌ مِنْكَ

“Kemaluanmu itu tidak lain sama dengan bahagian tubuhmu yang lain”.
( H.R.Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibn Majah- Lihat: Bulughul Maram; Ibn Hajar, Bab: Perkara yang membatalkan wudhu' (  نَوَاقِضِ اَلْوُضُوء) -)

Syaikhul Islam dan jumhur ulama berpendapat bahawasanya apabila seseorang menyentuh kemaluannya yang merupakan bahagian dari tubuh manusia sebagimana menyentuh tangan atau kakinya, maka ini merupakan menyentuh tanpa diiringi syahwat dan apabila dimaksudkan menyentuh bagian tersebut dengan sengaja maka dikatakan tidaklah ia melakukannya melainkan karena syahwat, maka jumhur ulama menyelaraskan seluruh dalil-dalil yang ada dan mengamalkan seluruhnya.

Mereka berpendapat : Menyentuh kemaluan dengan syahwat membatalkan wudhu’ dan menyentuhnya tanpa syahwat tidak membatalkan wudhu’, karena sabda Nabi ‘alaihi Sholatu wa Salam “Kemaluanmu itu tidak lain sama dengan bahagian tubuhmu yang lain”, merupakan isyarat bahawa sentuhan yang tidak membatalkan apabila menyentuhnya sebagaimana menyentuh bagian tubuh lainnya (iaitu tanpa diiringi syahwat).

Adapun wanita yang memandikan anaknya dan menyentuh kemaluan anaknya maka tidaklah membatalkan wudhu’nya demikian pula dengan keadaan orang yang menyentuh suatu najis maka wudhu’nya tidak batal, yang wajib hanyalah membersihkan tempat yang terkena najis itu saja.

Wallahua'lam.

=================================================================

*Pembaca juga boleh merujuk ke alamat URL : http://www.penaqal.blogspot.com/2012/02/kebanyakan-jawapan-dalam-arkib-yang.html bertajuk "KHILAF masalah sentuh KEMALUAN batal WUDHU'"

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.