Tuesday, 1 December 2015

Al-Fatihah: Dimurkai Yahudi sembunyikan ilmu, sesatnya Nasrani kerana kejahilan [TAZKIRAH]

Muhammad Zulsyamini     Tuesday, 1 December 2015     08:48     No comments
Dicedok daripada 'status' rakan Facebook admin bernama [Azfar Suhaimi] di Post beralamat URL: https://www.facebook.com/azfarsuhaimi/posts/512189195486433 

Punca kerosakan ulama dan orang awam

Syaikh Ahmad bin Abdul Halim berkata:
 "Kekafiran kaum Yahudi adalah berasal daripada sikap tidak mahu melaksanakan/mengamalkan ilmu yang telah mereka ketahui. Mereka tidak mahu mengikutinya sama ada dalam ucapan atau perbuatan.

 Kekafiran kaum Nasrani (Kristian) adalah berasal daripada sikap mereka yang suka beramal tanpa ilmu. Mereka suka melakukan pelbagai ibadah yang tiada tuntutanya daripada syariat Allah. Mereka suka berdusta atas nama Allah pada perkara-perkara yang mereka tidak tahu"

Oleh sebab itu, Sufyan bin Uyainah rahimahullahu berkata:

"إن من فسد من علماءنا ففيه شبه باليهود، ومن فسد من عبدنا ففيه ففيه شبه من النصارى"

"(Punca) Kerosakan dlm kalangan Ulama' kita, serupa dengan kerosakan yang terjadi pada kaum Yahudi, manakala kerosakan yang terjadi pada 'Ubbad (orang awam/ahli ibadah) kita, serupa dengan kerosakan yang terjadi pada kaum Nasrani."
Iqtidha' Shiratil Mustaqim ms. 56

 -Abdurrahman-  "

=========================================

Tambahan Saya (Muhammad Zulsyamini).

Ketika menafisrkan ayat dari sural Al-Faatihah (1) ayat ke- 7 :

  غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلا الضَّالِّينَ
"... bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat"

Al-Hafiz Imam Ibn Kathir r.h telah berkata:

"Allah menegaskan bahawa dua jalan yang dinyatakan oleh-Nya dalam ayat diatas iaitu jalan orang yang dimurkai dan jalan orang yang sesat, adalah kedua-duanya tidak diberi petunjuk (sesat) apabila Dia mengulangi kata sangkalan 'tidak' (bukan) seperti ayat diatas. Kedua-dua jalan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah jalannya kaum Yahudi dan Nasrani (Kristian), dimana satu fakta yang yang harus diperingati oleh orang yang beriman kepada Allah agar mereka (orang beriman) menjauhi perkara (tingkahlaku serta sifat) mereka.

Jalannya orang beriman adalah pengetahuan kepada sesuatu kebenaran serta patuh serta tunduk kepadanya. Sebaliknya, kaum Yahudi mengabaikan penghayatan serta tidak mengamalkan (hukum yang terkandung didalam) agama mereka, manakala kaum Nasrani (Kristian) kehilangan serta tidak terbimbing dengan pengetahuan (hasil dari  petunjuk yang) sebenar. 

Disebabkan inilah mengapa 'murka (Allah)' tertimpa keatas Yahudi, sementara pernyataan 'yang sesat' adalah lebih wajar buat kaum Nasrani (Kristian). Sepertimana seorang yang mengtahui akan sesuatu kebenaran, tetapi dia menafikan serta menjauhi daripada melaksana atau membenarkan kebenaran tersebut, maka kemurkaan sememangnya patut buat mereka iaitu kaum Yahudi, dan ianya tidak seperti seseorang yang sememangnya bodoh (tidak mengetahui).

Sementara kaum Nasrani (Kristian) pula berkehendak serta berkeinginan untuk mencari kebenaran akan sesuatu perkara (ilmu), tetapi mereka tidak mampu menjumpai kebenaran tersebut kerana mereka (kaum Nasrani) tidak mencari kebenaran tersebut daripada sumber yang tepat dan sepatutnya. Maka kerana inilah mereka (kaum Nasrani) tersesat (dari jalan kebenaran).

Harus diperingat bahawa kedua-dua golongan ini (Yahudi dan Nasrani) telah mendapat kemurkaan dari Allah serta telah sesat dari telunjuk kebenaran (jalan Allah). Akan tetapi sifat 'dimurkai' adalah lebih dikhususkan buat kaum Yahudi sebagaimana firman Allah dalam membicarakan mengenai orang Yahudi dalam ayat yang lain: 

 قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَلِكَ مَثُوبَةً عِنْدَ اللَّهِ مَنْ لَعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ أُولَئِكَ شَرٌّ مَكَانًا وَأَضَلُّ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ

Katakanlah: "Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu di sisi Allah, yaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thaghut?" Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.
Surah Al-Maaidah (5) ayat ke- 60

Manakala sifat kaum yang dibiarkan 'sesat' adalah lebih dikhususkan buat Nasrani sebagaimana firman-Nya:

 
{75}مَا الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ إِلا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ وَأُمُّهُ صِدِّيقَةٌ كَانَا يَأْكُلانِ الطَّعَامَ انْظُرْ كَيْفَ نُبَيِّنُ لَهُمُ الآيَاتِ ثُمَّ انْظُرْ أَنَّى يُؤْفَكُونَ
Al Masih putra Maryam hanyalah seorang Rasul yang sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar, kedua-duanya biasa memakan makanan. Perhatikan bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli Kitab) tanda-tanda kekuasaan (Kami), kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari memperhatikan ayat-ayat Kami itu).


{76}قُلْ أَتَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لا يَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلا نَفْعًا وَاللَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Katakanlah: "Mengapa kamu menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudarat kepadamu dan tidak (pula) memberi manfaat?" Dan Allah-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui



{77}قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِنْ قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيرًا وَضَلُّوا عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ

Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus."

Surah Al-Maaidah (5) ayat ke- 75 hingga 77


Allahua'lam....


0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.