Monday, 6 July 2015

Pasaraya Giant Seksyen 7 Shah Alam tipu pengguna harga barang [BERITA]

Muhammad Zulsyamini     Monday, 6 July 2015     00:49     No comments
Berita oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri



Pasaraya Giant  Seksyen 7 Shah Alam, Selangor sekali lagi dikecam kerana dikatakan cuba menipu pengguna dengan mengenakan harga lebih tinggi sewaktu pembayaran di kaunter berbanding harga yang terpapar di rak tempat sesetengah barangan diletakkan.

Pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Afham berkata, beliau mengesali perkara itu sejurus kali kedua mengetahui harga barangan yang dibelinya ketika membuat pembayaran di kaunter tidak sama dengan paparan harga yang tertera pada rak barangan tersebut ditempatkan.

Lebih malang apabila harga yang perlu dibayar itu bernilai lebih daripada harga sepatutnya iaitu harga yang tertera pada rak barangan itu ditempatkan lalu menimbulkan kecurigaan serta beban kepada pengguna.

"Ia dapat dianggap sebagai suatu bentuk penipuan kerana ada kalanya bagi sebahagian pengguna, mereka tiada masa untuk menyemak semula harga barangan yang mereka beli sebagaimana tertera pada resit pembelian," jelas Afham.

Menurut beliau lagi, terdapat juga sebahagian pengguna lain yang sejurus menyedari harga barangan yang mereka bayar di kaunter tidak sama sebagaimana tertera di rak tempat barangan itu diletakkan, mereka tidak mahu memperbesarkan perkara itu disebabkan proses aduan dan autokrasi yang rumit serta memakan masa selain kekurangan bukti lalu terpaksa merelakan sahaja harga lebih yang terpaksa dibayar selain menganggapnya sesuatu yang remeh untuk diperbesar-besarkan.

"Biarpun ada kalanya sesebuah pasaraya menggunakan strategi menaikkan harga sesetengah barangan bagi mengadakan promosi terhadap sesetengah barangan lain dengan harga murah, ianya masih lagi dapat diterima sebagai alasan sekiranya harga barangan yang perlu dibayar di kaunter adalah benar-benar sebagaimana harga yang tertera pada rak atau tempat barang itu diletakkan kerana dengannya pengguna juga dapat membuat anggaran perbelanjaan dengan tepat dan berhemat," jelas beliau lagi.

"Andaikan bayangkan jika suatu barangan yang sengaja dipaparkan secara salah itu berjumlah RM1.00. Cuba bayangkan dalam sehari berapa banyakkah keuntungan 'haram' yang dapat dikaut oleh pasaraya tersebut jika seorang pengguna membeli kira-kira 10 barangan yang sengaja dipaparkan secara salah. Itu baru seorang.

Katakanlah dalam sehari pasaraya itu dikunjungi 1000 pelanggan," rungut beliau sambil memaparkan kepada wartawan kami gambar perbandingan harga bagi satu kotak coklat berjenama Cadbury yang tertera pada rak serta nilai pada resit yang terpaksa dibayarnya berbeza sebanyak kira-kira RM1.

Di samping itu para pelanggan yang bertindak mengadukan hal serupa di atas kepada staf yang bertugas di kaunter pada masa itu mendapat layanan tidak sepatutnya dan kurang ajar sehingga ada kalanya aduan yang kemukakan itu itu dibalas dengan kata-kata kesat da menyakitkan hati.

Oleh itu, diminta kepada pihak berwajib seperti Persatuan Pengguna, Tribunal Pengguna, Ayahnda Rani Kulup (Kipidap), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan sebagainya supaya menyiasat seterusnya mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan lebih ramai lagi pengguna tertipu.


0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.