Thursday, 2 September 2010

Wanita berpurdah tidak semestinya baik dan jangan cintai mereka kerana purdah yang dipakai olehnya!

Muhammad Zulsyamini     Thursday, 2 September 2010     01:20     No comments
Janganlah kita mengatakan bahawa kita telah jatuh cinta terhadap Muslimah berhijab lagi berniqab (berpurdah) dengan hanya sekali terpegun melihat atau terlihatnya, kerana ketahuilah dengan demikian, kita sebenarnya hanya tertarik hati kepada pakaian serta purdahnya dan bukannya terhadap dirinya.

Fenomena masa kini, dilihat apabila gambar seseorang wanita berpurdah dipaparkan melalui laman Facebook ini, maka terlihatlah komen-komen dibawah gambar itu seperti ungkapan oleh para lelaki: "Indahnya ciptaan Allah!" atau "Alangkah bahagianya jikalau Muslimah ini menjadi isteri aku" dan sebagainya tampak seperti sang lelaki itu telah mengalami "Cinta Pandang Pertama" sungguhpun belum pernah mengenal perwatakan sebenar wanita itu.

Sememangnya benar bahawa anatara kriteria utama dalam memilih calon isteri adalah memilih wanita beragama. Namun hal demikian tidaklah dapat diterima sebagai alasan bagi para lelaki untuk terus "Jatuh Cinta" terhadap Muslimah berniqab dikeranakan faktor-faktor lain seperti kecantikan, keturunan serta harta wanita yang bakal dinikahi itu juga harus diambil kira.

Contoh jelas, Nabi s.a.w. pernah menyuruh seorang sahabat yang berkeinginan menikahi seorang wanita Ansar agar melihat wanita itu terlebih dahulu dikeranakan si sahabat itu belum pernah melihat atau mengenali wanita yang ingin dinikahi itu, menunjukkan bahawa faktor kecantikan juga harus diambil kira dalam memilih calon isteri.

Apa yang mahu dikatakan sekiranya setelah akad nikah berlangsung, barulah diketahui bahawa wajah serta tubuh si Muslimah berpurdah yang diingini itu tidak menepati citarasa atau selera? Tidak sekadar keadaan fizikal, malah barulah diketahui bahawa wanita berpurdah yang dicintai melalui pandangan pertama melalui gambar atau menerusi nyata itu tidak mempunyai persefahaman atau sekufu dengan diri kita. Adakah pada masa itu, baru kita ingin menyesal tak sudah?

Disisi lain, ternyata bukanlah semestinya seorang wanita berpurdah itu benar akidah serta amalannya. Diketahui bahawa terdapat juga wanita berpurdah yang menganut fahaman songsang seperti Al-Arqam, Tarekat Kesufian melampau, Syiah dan sebagainya. Maka apakah jaminan andai wanita berpurdah yang membuatkan kita terpaku melihatnya itu terlibat dalam fahaman sesat lagi menyesatkan seperti itu?

Maka, sebelum ingin menyerahkan hati kepada seseorang wahai kaum Muslimin, maka kenalilah betul-betul latar belakang wanita yang dapat menarik perhatian awak itu, tidak sekadar awak menyukai dan meminatinya hanya atas alasan wanita itu berpurdah dan bertudung labuh!

Wallahua'lam.

Abu Afham Muhammad Zulsyamini aka Muhammad Afkar

11:26 09 Disember 2013, PTAR 1 UiTM Shah Alam.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.