Thursday, 2 September 2010

Senarai guru (Ustaz Sunnah) agama-ku bermula 10 Julai 2013

Muhammad Zulsyamini     Thursday, 2 September 2010     00:38     No comments
Dahulu orang boleh kata, asal aku mengeluarkan pendapat yang berlainan sikit dari orang kebanyakan, mereka mengatakanku sebagai 'Wahhabi belajar/ membaca tidak berguru umpama beguru dengan Syaitan. Bukan calang-calang orang yang mengatakan sedemikian kepadaku, malah bekas guru-ku semasa di sekolah juga mengatakan hal yang sama

 SEKARANG AKU INGIN MENYENARAIKAN GURU-GURUKU YANGMANA AKU:

A)  SEMPAT BERTALAQQI SECARA BERHADAPAN (BERSEMUKA) DENGAN MEREKA.

1) Ustaz Idris bin Sulaiman bin Nordin (Abu Omar) - Penyeledik di Kedutaan Arab Saudi ke Malaysia (Lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah, Madinah Al-Munawwarah dan Master (M.A.) dalam jurusan Dakwah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kurang dikenali kerana menganggap hukum bergambar tanpa keperluan itu adalah haram namun agak dikenali jika disebut sebagai adik kepada penyanyi Yasin Sulaiman Mimpi Laila.

2) Ustaz Dr. Fadlan bin Mohd Othman - Timbalan Rektor bagi Hal Ehwal Pelajar Al-Madinah International Universiti (MEDIU), Shah Alam. Juga merupakan graduan lepasan Universiti Islam Madinah, Madinah Al-Munawwarah.

3) Ustaz Dr. Fathul Bari bin Mat Jahaya (Abu Islam) - CEO Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU), PhD jurusan Al-Quran dan As-Sunnah, UIAM. Juga merupakan lepasan Universiti Islam Madinah (UIM) semasa di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

4) Ustaz Rasul bin Dahri (Abu Farouq) - Lulusan Universiti Ummul Qura, Makkah Al-Mukarramah. Sempat bertemu dan berguru secara langsung dengan beberapa orang Syaikh di Arab Saudi semisal Syaikh Ibn Baz, Syaikh Uthaimin. Syaikh Soleh bin Fauzan Al-Fauzan dan sebagainya.


B) GURU YANG AKU MENGAMBIL ILMU DARIPADA MEREKA MELALUI HASIL TULISAN MEREKA DI ALAM MAYA DAN AKU JUGA PERNAH BERTEMU DENGAN MEREKA

1) Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi (Abul Hussein) - Pelajar Universiti Islam Madinah. Beliau asalnya merupakan 'senior'-ku semasa belajar di SMKA Kerian, Perak dimana pada masa beliau di tingkatan 5 (17 tahun) pada tahun 2006, aku berada di tingkatan 2 (14 tahun). Sedang belajar dalam jurusan Dakwah dan Usul Ad-Din.

2) Ustaz Muhammad Asrie bin Sobri- Juga sedang belajar di Universiti Islam Madinah juga dalam jurusan yang sama semisal Ustaz Fashan iaitu jurusan Dakwah dan Usuluddin. Aku hanya pernah menghadiri majlis ilmu yang diadakannya sebanyak sekali dan amat sukar untuk-ku menghadam segala isi kandungannya (Majlis Ilmu yang memerlukan pembentangan kertas kerja)

3) Dr. Azwira bin Abdul Aziz - Seorang Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Aku banyak manfaatkan ilmu yang disampakainnya melalui tulisannya sahaja dan tidak kurang juga melalui saluran video YouTube. Aku juga pernah dan baru sekali menghadiri majlis ilmu yang diadakannya iaitu pembentangan kertas kerja berkenaan Fiqh Sunnah Hari Raya ('eid) Fitrah 7 Julai lepas.

 C) GURU YANG PERNAH DAN SERING BERTEMU NAMUN BELUM PERNAH MENGHADIRI MAJLIS ILMU YANG MEREKA ADAKAN.

1) Ustaz Ahmad Fauzan bin Yahaya - Jika ada pun aku menghadiri majlis ilmu yang diadakannya, hanya secara maya, misalnya mealui saluran YouTube.

2) Ustaz Ahmad Fazrin bin Yahaya - Adik kepada Ustaz Fauzan Yahaya


D) GURU SAMPINGAN ( GURU YANG AKU MENGAMBIL ILMU DARIPADA MEREKA NAMUN SIKAPKU TERHADAP MEREKA AGAK BERHATI-HATI DALAM MENAPIS SEGALA YANG MEREKA SAMPAIKAN DIKERANAKAN MANHAJ MEREKA YANG DILIHAT TIDAK SEPENUHNYA DIPRAKTIKKAN. PENDEK KATA AKU HANYA MENYANDARKAN ILMU YANG AKU SAMPAIKAN KEPADA MEREKA HANYA SEBAGAI SYAWAHID (PENYAKSIAN)/ PENYOKONG.

1) Dato' Dr. MAZA (Mohd Asri bin Zainal Abidin), Mantan Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

2) Maulana Asri bin Yusoff -Antara ilmuan Hadith di Malaysia beraliran Deobandi.


Alhamdulillah. Rupanya tidak kurang juga bilangan guru-ku sekarang ini. Hal ini tidak termasuk dengan tokoh-tokoh lain semisal Kapten Hafiz Firdaus yang amat banyak menghasilkan penulisan-penulisan ilmiah di website/ ebook beliau, Cikgu Mohd Hairi Nonchi, iaitu 'protege' (anak bimbing) Kapten Hafiz, para pelajar terutamanya yang sedang belajar di negera timur tengah seperti Jordan dan Mesir dimana aku pun belum pernah berjumpa mereka, namun hasil hebahan ilmu yang mereka perolehi mereka salurkan ke laman Facebook mereka seperti Al-Akh Abu Ismail Fathi As-Sakandari, Muhammad Fahmi bin Rusli, Mustafa Mu'adz dan sebagainya. Juga tidak terkecuali ilmuan lain seperti Ustaz Emran Ahmad, Ustaz Fikri Alamghiri, Ustaz Sazali bin Samsudin ( penglola Institut Al-Qayyim cawangan Perak) dan lain-lain.

Hal ini tidak termasuk dengan abang kedua-ku, Muhammad Zulqhairi lepasan Diploma Tahfiz wal Qiraat di Darul Quran Kuala Kubu Baru, Selangor yang pada hari ini sedang melanjutkan pelajaran juga di Darul Quran dibawah penglolaaan program USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) dalam bidang Al-Quran dan As-Sunnah, disamping bekas guru-guruku di sekolah menengah iaitu SMKA Kerian dimana aku juga mengambil manfaat dari silibus pembelajaran yang mereka ajari dimana memerlukan kudrat-ku untuk menapis segala yang mereka sampaikan seperti Ustaz Abu Samah bin Hassan (guru subjek Syariah Islamiyah), Ustaz Aroma bin Abdul Wahid, Ustaz Hafizuddin bin Abdullah, Ustaz Kamal dan lain-lain.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.