Thursday, 2 September 2010

Aku rela CGPA 2.5 sewaktu 'graduate' daripada meniru semasa ujian

Muhammad Zulsyamini     Thursday, 2 September 2010     00:29     No comments
Aku lebih suka dan rela pointer CGPA yang ku peroleh dibawah 3.00 hatta 2.50 sekalipun dengan usaha aku sendiri disamping bantuan Allah berbanding 'result'-ku walau dianugerahkan dengan anugerah dekan (DL) sekalipun nampun untuk mencapainya memerlukan aku melakukan perbuatan keji dengan cara meniru iatu menipu.

Ketahuilah bahawa perbuatan kita meniru seseorang didalam peperiksaan tidak hanya sekadar berakhir disitu sahaja, malah ianya turut mempengaruhi seluruh kehidupan kita dimasa mendatang. Tidakkah dengan 'result' atau keputusan peperiksaan yang kita perolehi itu akan kita gunakan bagi mencari rezeki sewaktu tamat pengajian dan tidakkah rezeki yang diperoleh daripada sesuatu perbuatan yang haram itu bakal mengakibatkan kesan bahawa keseluruhan rezeki yang diperoleh daripada cara yang haram itu tiada keberkatannya?

Impaknya jelas iaitu apbila tiadanya keberkatan dalam rezeki yang kita perolehi, misalnya jika kita kelak bergaji RM 10 K sekalipun, kita akan rasa tidak pernah cukup dengan gaji sebanyak itu berbanding manusia yang bergaji hanya RM 3000 namun memperolehinya dengan cara yang halal (tidak meniru), insyaAllah dapat dirasakan bahawa individu yang bergaji hanya RM 3000 tersebut tenang hidupnya, selalu merasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan biarpun tidaklah sebanyak mana.

Ya, tidak ada istilah "KEDEKUT ILMU" apabila seseorang melarang orang lain agar meniru jawapannya, kerana ketahuilah, orang yang kedekut atau menyembunyikan ilmu dilaknat Allah sepertimana yang dijelaskan didalam Alquran, sementara melarang seorang rakan daripada meniru jawapan kita sewaktu peperiksaan ataupun ujian adalah kewajipan mencegah kemungkaran (Nahi Munkar), iaitu kemungkaran menipu atau melakukan plagiat. Semoga Allah melindungi aku dan seluruh kaum Muslimin daripada rezeki yang syubhah serta haram.

Dan ketahuilah bahawa dalam urusan suapan (rasuah), Allah s.w.t. tidak hanya melaknat pemakan rasuah, malah pemberi rasuah juga dilaknat, sama sepertimana riba, iaitu peminjam dan yang memberi pinjam dengan riba dan golongan yang terlibat didalam riba, kesemuanya dilaknat Allah kerana termasuk didalam kategori bersubahat. Maka, sekiranya menipu (meniru) didalam peperiksaan atau ujian kecilan itu adalah sesuatu yang jelas keharamannya disamping memberi impak yang besar dalam kehidupan si peniru setelah itu dengan dinafikan keberkatan rezekinya, maka aku juga merasakan bahawa dosa si peniru itu akan turut sama ditanggung oleh si pemberi tiru itu disebabkan dikira bersubahat.

Justeru, sekiranya ada dalam kalangan kalian yang cuba ingin meniru jawapan-ku dalam peperiksaan atau ujian kecil-kecilan sekalipun, maka janganlah kalian mengatakan bahawa aku seorang yang "kedekut ilmu".

Bagaimanapun, bagi yang telah atau pernah melakukan kesilapan termasuk saya sendiri, sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat, namun mestilah dengan taubat Nasuha (Taubat yang sebenar-benarnya) dan berazam tidak mahu mengulangi lagi perbuatan itu.

Yang Benar
-Abu Afham Muhammad Zulsyamini aka Muhammad Afkar-
11:37 p.m., 13 Disember 2013
Seksyen 7, Shah Alam

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.