TERRKINI

VIRAL

PENDAPAT

ISU

DIARI

AGAMA

Friday, 21 December 2018

Mengapa JAMBAN tinggung lebih bagus berbanding JAMBAN duduk [Pendapat]

Admin inteleaks     Friday, 21 December 2018     21:32     No comments
 Oleh: Muhammad Zulsyamini (Xerosyamini Zerosyamini)



[HIDUP JAMBAN TINGGUNG!]

Sebenarnya saya agak hairan dengan individu khsususnya beragama Islam yang lebih suka menggunakan jamban duduk berbanding jamban tinggung (/tenggong/ cangkung).

Apabila menggunakan jamban duduk, kulit di bahagian punggung atau bawah paha kita sudah pasti akan tersentuh dengan bibir jamban (mangkuk tandas) duduk itu.

Kita bukannya tahu kadangkala adanya pengguna khususnya lelaki yang kencing berdiri lalu menghalakan 'hosnya' ke arah mangkuk tandas tersebut hingga kadangkala mengakibatkan kebarangkalian air kencing itu terpercik lalu mengenai bibir jamban duduk.

Tidak kurang juga air kencing yang terjatuh meleleh ke bibir jamban tersebut setelah terlalu banyak keluar secara meleleh tanpa dapat 'dikawal' mahupun apabila yang membuang itu adalah kanak-kanak.

Hal ini selain menjadikan bibir jamban itu bernajis, ianya besar kemungkinan mempunyai berbagai kuman dan bakteria. Kuman dan bakteria itu pun lalu masuk melalui sentuhan najis itu ke kulit punggung/ bawah paha kita.

Sudah tentu perkara ini dapat mendatangkan kemudharatan khsusnya kepada mereka yang mengalami kulit sensitif atau jangkitan fungus mahupun kurap pada bahagian sensitif atau cwelah kangkang.

Bernajis dalam ertikata setelah kita duduk untuk membuang hajat di atas bibir jamban itu, najis itu akan melekat di kulit kita dan tidak mampu dicapai oleh pancutan air paip bagi membasuhnya. Sebahagiannya pula kemudiannya akan mengenai pakaian kita.

Ia belum termasuk sekiranya air yang sudah bercampur najis yang bertakung dalam mangkuk jamban terbabit mula tepercik sewaktu najis (tinja) kita yang seterusnya jatuh tepat di atas takungan berkenaan. Bukankah ia akan memjejaskan solat kita selaku orang Islam?

Selain dari sebab di atas, pada saya berak secara duduk juga tidak menghadirkan kepuasan dalam membuang hajat. Agama atau sunnah juga mengajarkan supaya kita melunjurkan kaki kanan dan bertinggung di atas kaki kiri ketika berak (membuang hajat).

Setelah penyelidikan dilakukan oleh sarjana sains, barulah kita mendapati hikmah dari ajaran agama tersebut iaitu apabila kita bertinggung, maka akan lebih mudah bagi najis untuk keluar semanya berbanding apabila meneran untuk berak ketika duduk.

Hal ini samalah seperti berdehem ketika kencing iaitu untuk memastikan semua air kencing keluar dari pundin kencing agar tidak berlaku kes atau masalah kencing tidak 'tus' atau kencing tidak lawas.

Justeru, hidup jamban tinggung! Saya tak suka jamban duduk.

Thursday, 20 December 2018

Ada lebih 5 sebab kenapa jangan pinjam AEON Credit: Ceti Haram berlesen

Admin inteleaks     Thursday, 20 December 2018     07:44     No comments



Bulan lepas (November 2018) aku ada teringat nak buat pinjaman AEON Credit.
Tiba-tiba Allah takdirkan aku terjumpa rakan sekerja yang pernah bekerja di situ lalu memberitahu mengenai sisi gelap pinjaman AEON.
Patutlah senang lulus, syarat longgar. Ada udang sebalik batu rupanya.
Contohnya. Guna nama pinjaman 'Islamik' tapi jelas riba.
Lambat bayar bulan-bulan, kena denda berdasarkan hari yang lewat.
Kemudian masa bayar, kena bayar untuk satu bulan 'in advance".
Maknanya kalau pinjaman sebanyak RM12,000 untuk bayar dalam masa 7 tahun jumlahnya hanya RM222.
Tapi kalau bayar 'advance' satu bulan, maknanya sekali bayar jadi RM444, kalau terjadi pembayaran lewat.
Belum masuk denda kalau lewat bayar lagi.
Kemudian kawan aku tu kata sudah menjadi SOP mereka untuk selalu 'call' 'client' sampai merimaskan 'client' berkenaan dengan tujuan sentiasa 'update' mengenai pembayaran walaupun benda (bayaran bulanan) sudah dibuat.
Kawan aku ni pulak, hanya tahan sebulan sahaja kerja di situ sebagai 'debt collector' bagi AEON walaupun gaji yang diterima jauh lebih lumayan dari kerja sekarang.
Sebab dia ada prinsip hidup dia sendiri, iaitu: Untuk apa hidup senang untuk bersekongkol dengan penindasan dan kesegsaraan orang lain yang telah termakan dengan 'muslihat'.
Tapi kalau diikutkan kes penipuan AEON ni pun dah banyak keluar di internet dah tapi lebih banyak mengenai pinjaman untuk beli perkakasan seperti motosikal dan laptop.
Aku sahaja yang nak 'try' tengok personal loan macam mana pulak.

Okay Sebelum tu, aku nak nukilkan coretan komen 'netizen' (warganet) mengenai penipuan pinjaman AEON yang mereka sendiri pernah kena.

Aku nukil berdasarkan komen yang dilemparkan menerusi laman Facebook Berita Harian Online (BH Online) di pautan berikut: https://www.facebook.com/bhonline/posts/10156874224295600?__tn__=-R iaitu berita mengenai perolehan keuntungan bersih AEON Credit sebanyak RM87 juta. 


1) Kata bulan-bulan bayar RM370, tiba-tiba bulan-bulan kena bayar RM570

2) Lewat bayar sehari saja, dia 'spam' dengan call. 

3) Siap ugut-mengugut nak gertak orang untuk suruh bayar, dah sebijik macam gengster Ah-Long


4) Pinjam RM10,000, dapat RM6,500 tapi kena bayar balik RM14,800

5) Lewat bayar walau sehari, dicajnya RM8

Sekian sahaja aku laksanakan tanggungjawab untuk seru orang ramai agar memboikot perniagaan ceti haram yang 'dihalalkan lagi berlesen ni'.

Buat para pemuda-pemudi yang nak buat pinjaman peribadi (personal loan) untuk berkahwin tu, fikirlah banyak kali ya.





Wednesday, 19 December 2018

4 lembu maut atas jalan raya angkara khianat? [Berita]

Admin inteleaks     Wednesday, 19 December 2018     22:29     No comments
Oleh: Muhammad Zulsyamini



SUNGAI SIPUT, 20 Disember 2018: Empat ekor lembu ditemui mati di Jalan Kuala Kangsar-Ipoh, berhampiran Hospital Sungai Siput di  sini, hari ini.

Terdapat spekulasi menyifatkan kematian lembu-lembu itu antara lain disebabkan oleh perbuatan khianat setelah tertelan racun.

Kejadian dipercayai berlaku awal pagi hari ini apabila penduduk sekitar mula memuatnaik penemuan empat bangkai terbabit ke laman sosial.

Bagaimanapun beberapa warganet lain tampil menjelaskan bahawa insiden terbabit berlaku disebabkan kemalangan antara mangsa dengan kenderaan yang melalui jalan berkenaan.

Untuk rekod, kawasan berkenaan sebelum ini sememangnya menjadi lokasi kemalangan membabitkan lembu 'sesat' berlaku.


Menurut warganet yang dikenali dengan nama Adimus Putra Yamin, dirinya sendiri  nyaris dirempuh lembu selain ibunya yang turut sama pernah terbabit  kemalangan setelah  dirempuh sekumpulan lembu di lokasi sama.

Seorang warganet yang dikenali dengan nama Kayroul Are Sries tampil menjelaskan insiden berpunca apabila dua buah kenderaan pikap merempuh haiwan berkenaan kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Disebabkan insiden itu, rata-rata mengecam penternak lembu-lembu terbabit yang disifatkan tidak bertanggunjawab apabila membiarkan haiwan ternakannya bebas berkeliaran termasuk di atas jalan raya.

"Sebab tuan punya lembu otak macam lembu itulah pasalnya... Maaflah aku memang marah sebab aku dulu pernah eksiden langgar lembu kat jalan ni," kata salah seorang warganet.

Bagaimanapun difahamkan setakat berita ini ditulis, masih tiada kenyataan dikeluarkan dari pihak berwajib mengenai punca sebenar insiden berkenaan.




 





Monday, 17 December 2018

Menemani pengantin baru di malam keduanya di Starcity Hotel Alor Setar (REVIEW]

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri     Monday, 17 December 2018     23:09     No comments
Oleh: Muhammad Zulsyamini





BERMALAM DI STARCITY HOTEL ALOR SETAR.


Kelmarin (16 Disember 2018), aku terdetik untuk pergi ke Alor Setar untuk melawat kawan baik aku, Faiz Rodzi (Tengku)  sempena hari perkahwinannya. Menariknya aku tak dapat hadiri majlis resepsi (betul ke?) atau walimatul urus baik di rumah dia pada 20 Disember 2018 mahupun di rumah isterinya, Liyana sebelum itu pada 15 Disember.





Nak jadikan cerita, aku kena jugaklah pergi jumpa dengannya. Yelah kedua-kedua kendurinya aku tak dapat datang atas alasan komitmen kerja. Bukannya aku tak 'reserve' tarikh tu untuk pergi sebab sebenarnya aku dah memang 'plan' dah nak pergi sana pada malam 19 Disember tu, tapi 'last' minit tiba-tiba bos aku kata aku tak boleh cuti pada 18 sampai 20 Disember sebab ada Fam Trip dari kumpulan blogger mana entah nak buat lawatan review di tempat kerja aku.

Bos aku ni pulak, bila aku mintak cuti last minit, dia marah kata aku tak pandai plan cuti. Tapi bila aku nak mintak cuti awal-awal, dia suruh tunggu (hold) dulu sebelum tandatangan pada borang cuti aku sebab takut pada hari aku cuti tu, waktu sibuk dan ramai orang yang memerlukan aku kerja. Aku pun jadi serba salah dan tension jugak sebenarnya.

Ok takpelah. Sekarang berbalik pada topik asal iaitu pengalaman aku bermalam di Starcity Hotel, Alor Setar, Kedah.

Tak susah pun nak cari lokasi hotel ni sebab ia berada sangat dekat dengan Menara Alor Setar, iaitu di bahagian belakang Aman Central. Aku terdetik nak bermalam di hotel tu sebab kebetulan aku dapat voucher menginap di hotel tu secara percuma sewaktu cabutan bertuah ketika tempat kerja aku adakan majlis makan malam kakitangan (staff party) pada Oktober 2018.

Aku memandu dari tempat kerja aku di Bukit Merah, Semanggol, Perak, pada petang 16 Disember dalam jam 5.20 petang menuju Alor Setar. Perjalanan ambil masa dalam 2 jam 15 minit. Aku sampai di lobi hotel dalam jam 7.30 malam.

Voucher yang aku dapat tertera tulisan 'Courtesy Voucher' untuk bilik jenis Deluxe untuk dua orang sekali dengan sarapan untuk dua orang. Waktu tu harga bilik Deluxe adalah RM198. Lepas 'check-in', aku naik ke bilik di tingkat dua, nombor bilik 207.



Memandangkan aku 'check-in' sorang-sorang, receptionist yang menerima tempahan aku tu pun bagi bilik Deluxe yang katilnya jenis single-twin. Maknanya katil sorang-sorang tapi ada dua unit dalam keadaan terpisah dengan meja meletak barang dan telefon bilik. Hancus harapan aku nak dapatkan katil jenis king atau queen yang pasti lebih besar dan selesa.



Lepas masuk bilik, aku mandi dan solat Maghrib dan jamak qasar terus dengan Isyak. Lalu aku keluar merayap sekitar Aman Sentral selain untuk makan malam. 

Waktu pertama kali mandi dan membuang masa Maghrib ni pun, aku dah mula rasa takdalah seronok sangat hotel ni. Air di lantai bilik mandi pun mengalir lambat meneruni lubang pada lantai menyebabkan kelihatan seolah-olah tersumbat walaupun memang ia mengalir, tapi perlahan sangat.

Kemudian jangkaan aku kalau dah bilik dengan nama 'Deluxe' ni dan harga pulak nak dekat RM200, bilik air dia kena ada bath tube la, baru seronok nak berendam. Tapi takpalah aku positif lah sebab lagipun aku bukan tidur di hotel tu untuk 'honeymoon' pun.



Tapi ada jugak yang aku tak puas hati sebenarnya dengan bilik mandi tu. pertama kepala pili untuk air aliran bawah tak ada (tercabut), dan aku rasa pun macam takda fungsi ada muncung paip di situ sebab getah paip pun takda. Getah paip hanya ada sebelah jamban (mangkuk tandas), itu pun tak berapa panjang sangat. Huhu.



Okaylah. asal boleh basuh cukuplah. Lepas itu aku cuba pulak takung air dalam sinki. Kalau korang tahulah kan ada jenis penakung air yang kalau kita tekan tombol besi dekat lubang aliran sinki tu, automatik dia dapat takung air. Kira okaylah dapat juga takung air.

Tapi masalah timbul bila aku nak buang air yang dah ditakung tu selepas digunakan. Rasanya tombol dia dah rosak. Aku cuba jugak tekan balik dan cari punat untuk buka kembali besi penutip aliran air tu tapi tak jumpa. Maka bertakunglah air dalam sinki terbabit sampai aku check-out.



Kemudian masalah TV. Baguslah hotel ni ada jugak inisiatif nak pasang NJOI walaupun takda ASTRO. Tapi tak tahulah apa masalahnya, mungkin masalah 'line coverage' atau masalah ariel antena menyebabkan siaran TV tak 'smooth'. Masih banyak titik-titik putih walaupun masih ada warna, TV jenis LCD tu pun mungkin jenis yang kurang kualiti sebab boleh nampak 'pixel' siaran tu sangat tak cantik, macam lukisan 2D pun ada. Haha.

Kemudian berbalik pada kelengkapan sedia ada dalam bilik. Aku tak tahulah tapi aku hairan kenapa dalam bilik tu hanya sedaiakan seuncang kopi dan seuncang gula walaupun bilangan cawan dan air mineral dalam biotol ssemuanya menunjukkan untuk kegunaan 2 orang. Kalau ya pun aku check-in sorang-sorang, tak bermakna aku memang nak 'stay' sorang-sorang kat situ.

 

Bukan apa sebab malam tu jugak, aku memang dah plan dengan Faiz (Tengku) untuk tidur sekali dalam bilik tu. Aku pun sebenarnya takut dan seram nak bermalam di mana-mana hotel seorang diri, sebab dah dengar macam-macam cerita pasal pengalaman seram bermalam di hotel tempat lain.

Walaupun baru malam kedua selepas sah bergelar suami, Tengku sanggup luang masa dengan aku. kemudian baru aku tahu rupa-rupanya memang dah jadi macam adat orang Kedah selagi tak selesai kenduri kedua-dua belah pengantin, maka pengantin tu takkan tidur bersama. Hahahahahaha.

Yelah lagipun dia mesti nak 'respect' aku penat datang dari jauh sebab tak dapat datang kenduri dia nanti. Sebab tu dia nak jugak teman aku tidur, sambil-sambil tu boleh 'pillow talk' dan melawak sama-sama sementara masih dalam 'mood' bujang. Hahahaha.

Disebabkan katil single kami terpisah, maka kami ubah kedudukan katil supaya kedua-duanya bercantum dan rapat dengan dinding. Bukan apa sebab takut masa tidur, jatuh tergolek nanti. Bila cantum, besar sikit.



Pasal katil pulak, aku memang puas hati dengan keempukannya. Cuma aku heran sebab cadar yang digunakan terlalu nipis tapi selimutnya tebal nak mati. Memang betul selimut tebal lagi selesa kalau dalam keadaan ruangan sejuk, tapi ni bila aku pasang pendingin hawa (air-cond) dengan suhu minimum 20 darjah celcius pun, badan aku yang sedang berselimut pun tak dapat rasa langsung kesejukannya.

Selimutnya terlalu tebal. Nak pakai rasa panas, tak pakai sejuk sangat. Serba salah jadinya. Last-last aku naikkan sikit suhu dan hanya selimut takat perut, tak tutup semua sekali.

Pagi keesokannya iaitu pada 17 Disember tu kami pun sarapan di hotel tu. Aku tak tahu berapa harga yang dikenakan kalau ada tambahan 'pax' atau harga sarapan sahaja. Tapi nasib baiklah aku puas hati jugaklah dengan kesedapan bersarapan di sana.



Cuma ada juga skikit yang kurang terutamanya kepelbagaian menu yang tak berapa banyak. Tapi asalkan kenyang dan sedap cukuplah. Nasib baik aku guna 'voucher' tu, tak dikenakan sebayang bayaran. Kalau tak memang aku dah komplen terus dah.

Kalau aku nak komplen pasal hotel takda kolam renang walaupun bayar mahal macam tak 'proper' pulak. Tapi bagi aku sepatutnya 'management' hotel kena peka jugaklah mengenai kualiti bilik dengan harga yang dibayar kalau takda fasiliti yang 'grand' macam kolam renang tu pun.

Tapi di sudut lain ada jugaklah yang aku puas hati dengan hotel ni, termasuk dia siap-siap sediakan sterika (iron) di setiap bilik walaupun aku dan Tengku tak gunakan. Siap ada sedia meja untuk iron lagi selain tikar sembahyang (sejadah) dan penunjuk arah Kiblat.

Okay. Itu sahaja review aku untuk Starcity Hotel ni. Ini bukan 'review' berbayar ya melainkan review yang ikhlas dari lubuk hati.

Bukanlah nak kata itu kali terakhir aku bermalam di situ tapi kalau ada pilihan, aku akan cari hotel lain kalau nak bermalam lagi di Alor Setar. Kalau terpaksa, barulah aku 'consider' untuk bermalam di situ semula.

Buat Tengku, Selamat Pengantin Baru moga kekal ke anak cucu.

Oh ya satu lagi benda yang buatkan aku sangsi selain berasa seram. Bilik ni terlalu banyak sangat bilangan cermin. Untuk apa agak-agak? Hahaha.

Kalau untuk kegunaan suami isteri pun, seram tau tak kalau terlalu banyak cermin walaupun Alhamdulillah sepanjang penginapan aku di bilik itu, tiada sebarang gangguan halus diterima. Huhu.















Saturday, 15 December 2018

Taman Air Bukit Merah Laketown perkenal 3 tarikan baru

Admin inteleaks     Saturday, 15 December 2018     00:20     No comments



BAGAN SERAI, 1 Disember 2018: Taman Air Bukit Merah Laketown Resort (BMLR), di sini kembali dibuka bermula 1 Disember lalu dengan pertambahan tiga jenis permainan gelongsor baharu yang dijangka dapat menarik kehadiran lebih ramai pengunjung.

Pemangku Ketua Bahagian Riadah dan Pendidikan M K Land Holdings Berhad (MK Land), Elya Wirdati Md Nasir berkata, sebanyak RM3 juta diperuntukkan bagi projek penambahan dua jenis gelongsor air (slide) yang baharu serta pengubahsuaian pada bahagian permainan kanak-kanak di taman air itu.

Katanya, projek itu membabitkan pertambahan seunit gelongsor air utama dari jenis ‘tornado‘ (Crazee Cone), dua pasang gelongsor lumba (Race Slides), dan pemasangan unit taman permainan air baharu (Family Splash Adventur) menggantikan permainan ‘Perak Mining‘ yang dikhaskan untuk kanak-kanak selain kerja penambahbaikan terhadap beberapa permainan gelongsor sedia ada yang sudah ‘uzur‘.



“Kita harapkan penambahbaikan taman air ini dapat memberi nilai tambah seterusnya menjadi tarikan baharu untuk  pengunjung ke Taman Air BMLR yang sudah beroperasi sejak 21 tahun lalu.

“Kami juga sedang menggiatkan lagi usahasama dengan pelbagai agensi sama ada awam mahupun swasta dalam penganjuran sebarang acara khususnya yang bersangkutan dengan sukan air dengan hasrat memeriahkan suasana di resort ini ,“ katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Tarikan Terbaru Taman Air BMLR, di sini, baru-baru ini



Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif MK Land, Felina Mustapha Kamal yang turut dihadiri Ketua Operasi Kumpulan Resort MK Land, Mohamad Mukhriz Mohamad Roslan dan Pengurus Resort BMLR, Ahmad Fauzi Zainal Abidin. .

Sementara itu, Mohamad Mukhriz berkata, pihaknya mengjangkakan peningkatan bilangan pengunjung ke BMLR sehingga 60 peratus berbanding capaian pada tahun sebelumnya menjelang akhir tahun ini susulan penambahbaikan yang dibuat
.
Katanya, BMLR bukan sahaja terkenal dengan taman air, namun merupakan destinasi tumpuan untuk menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi dan sukan lain seperti sukan air, aktiviti ‘team building’ (bina pasukan), triathlon, dan seumpamanya. 



“Walaupun penambahbaikan ini menyebabkan berlaku sedikit kenaikan harga tiket masuk ke taman air, namun kami masih mengambilkira kemampuan pengunjung agar harga yang dikenakan tidak membebankan sekaligus menjadikan BMLR destinasi percutian ideal sekeluarga.

“BMLR yang dikelilingi oleh panorama alam semulajadi yang indah termasuk tasik seluas 2,832.8 hektar serta kedudukannya yang strategik berhampiran susur keluar Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) memberi kelebihan kepada kita untuk memanfaatkan segala sumber yang ada,” katanya.

Katanya lagi, bagi mempromosikan pembaharuan itu kepada orang ramai, pihaknya telah membuat tawaran hebat untuk pembelian awal tiket ke Taman Air berkenaan sepanjang November lalu.



Terdahulu, Taman Air BMLR  ditutup kepada umum selama lebih dua bulan bermula 18 September hingga 30 November 2018 bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan dan pengubahsuaian permainan terbabit dilaksanakan. 


Bagaimanapun tarikan lain seperti penginapan di Kampung Air serta Laketown Hotel, Taman Eko (Ecopark), dan Pulau Orang Utan kekal beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh penutupan berkenaan.


Saturday, 8 December 2018

Adat Tunang Masyarakat Melayu yang tak 'Gentleman'

Muhammad Zulsyamini     Saturday, 8 December 2018     01:45     No comments
Oleh: Muhammad Zulsyamini
Gambar Hiasan Sumber: orangkelantan.com 


Bagi saya adat pertunangan orang Melayu membuatkan si lelaki yang meminang tidak 'gentle-man'.
Ini kerana sewaktu rombongan meminang bertandang ke rumah perempuan yang dipinang, hanya ahli keluarga yang dipinang dan rombongan meminang yang bersua-muka berbincang mengenai hal-hal pernikahan seperti jumlah hantaran, tarikh walimah dan sebagainya.

Sedang sementara ahli keluarga dan rombongan berbincang, orang yang meminang pula duduk dalam kereta atau di luar rumah. Begitu juga bagi yang dipinang, bersembunyi di dalam bilik. Sewaktu sesi bergambar baru tunjukkan kelibat.

Sedangkan bagi saya lelaki yang 'gentleman' seharusnya menujukkan kelibatnya sewaktu proses 'rundingan' itu berlangsung. Hal ini selain menujukkan ke-gentle-man'-nya di hadapan ahli rombongan daripada kalangan ahli keluarganya sendiri, ianya juga akan membuatkan ahli keluarga belah pihak perempuan yang dipinang untuk lebih mengenali bakal anggota keluarga baharu mereka.

Dalam Islam pun begitu. Seharusnya lelaki yang meminang harus melihat perempuan yang dipinangnya hanya sewaktu pertunangan berlangsung, tidak sebelum itu. Pada masa itu, barulah lelaki yang meminang itu boleh (diharuskan) menenung telapak tangan, wajah dan juga kaki si wanita.

Namun apa boleh dibuat. Zaman sekarang ramai manusia sudah bercinta, berdating, berkenal-kenal dan sebagainya. Perkara yang seharusnya dilakukan pada waktu pertunangan sudah dibuat sebelum itu lagi.

Hmmm....

Friday, 7 December 2018

Kita tentang DAP bukan kerana mereka itu Cina

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri     Friday, 7 December 2018     00:27     No comments

Gambar Hiasan bersumber dari Google Image

Kita menentang DAP bukan kerana mereka itu bangsa Cina.

Saya pun ada tak kurang banyak juga kawan dari bangsa Cina mahupun India. Saya masih ambil kira sensitiviti mereka sebelum nak membuat penilaian pukul-rata (generalization) untuk katakan semua Cina makan babi, mata sepek dan sebagainya.

Tapi kita menentang DAP kerana mereka bawa agenda Kristian Evangelist.

Kepada siapa yang masih belum jelas siapa Kristian Evangelist ni, boleh Google.

Tengok hubungkait gerakan mereka khususnya di Amerika Syarikat (US) antara mereka dengan Zionis.

Sebab melalui pembacaan saya, Kebanyakan pelobi-pelobi di Rumah Putih, US ini adalah dari golongan Kristian Evangelist ni.

Sebab itulah walaupun pada asalnya Kristian bermusuhan dengan Yahudi sebab Yahudi-lah yang 'membunuh' (menyalib) Jesus (Nabi Isa), tapi nampak seakan-akan Amerika jSUDAH adi kawan baik Israel (Yahudi).

Apa kita ingat dendam kekalahan Kristian kepada Umat Islam sewaktu Perang Salib sudah terpadamkah?

Apa kita ingat Alfonso De Albuquerque serang Melaka yang pada waktu itu jadi pusat penyebaran Islam dengan begitu pesat semata-mata sebab nak pungut hasil bumi Tanah Melayu sajakah?

Walaupun empayar kerajaan Islam Melaka rebah masa tu , Tanah Melayu akhirnya berjaya kembali ditawan oleh Islam.

Tapi korang ingat dendam mereka sudah terpadamkah walaupun masih tak berjaya jadikan Tanah Melayu ni sebagai negara penyebaran agama depa masa tu?

Dalam satu hadis riwayat Imam Musmim, Nabi pun pernah kata yang bunyinya lebih kurang Syaitan telah berputus asa menyesatkan orang Arab untuk menyuruh mereka menyembah mereka, tapi mereka belum putus asa untuk memecah belah di antara bangsa Arab.

Kiranya Kristian Evangelist bawaan penjajah ni macam syaitan jugaklah. Depa dah putus asa bawa doktrin mereka melalui penjajahan dan kekerasan, namun mereka belum putus asa tukar strategi depa agar umat Melayu-Islam terpengaruh dengan doktrin dan gaya hidup depa.

Mahukah kita menjadi seperti bangsa Palestin (Kanaan) yang akhirnya merempat di bumi sendiri?

Dalam Islam tetamu wajib kita beri layanan baik sehabis boleh. Tapi kalau tetamu tu dah tak hormatkan tuan rumah, kurang ajar, rasanya pelu ke kita jadi macam orang IKRAM/ PAN yang jadi syaitan bis je terhadap apa yang terjadi.

Bisu sebab malu dulunya tabal Guan Eng sebagai khalifah Umar Abdul Aziz ke bang? Haha.

Siapa kata kita benci Cina dengan membenci DAP?

Kita bukan benci kerana mereka Cina.

Kita benci sebab depa ada strategi halus nak membalas dendam kepada kita atas kekalahan nenek-moyang mereka dalam Perang Salib satu ketika dahulu.

Sebab bukan hanya Cina, Melayu pun ada dalam DAP macam Wanji Wan Hussein dengan Aziz Bari.
Yang dua ni lagi patut dibenci lah sebab jadi talibarut musuh merosakkan agama.

Kalau tak macam Abdullah Ubay Salul, macam Abdullah bin Saba'.

Wallahua'lam. 

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.